fbpx

‘Pisang dah berbuah 5 kali’, netizen faham emosi Cik B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIK B dikatakan menunjukkan reaksi ‘geli’ melihat kejutan istimewa daripada ibunya, Vida menyambut hari lahir Iqbal baru-baru ini.

SEJAK Datuk Seri Vida mengumumkan bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang jejaka muda bernama Iqbal, pelbagai reaksi diberikan orang ramai termasuklah anaknya sendiri, CiK B.

Namun, Isnin lalu, Cik B sekali lagi menarik perhatian ramai apabila membuat satu ciapan dalam Twitternya.

“Takkanlah pisang hendak berbuah dua kali. Bukan dua kali tetapi lima kali,” ciap gadis berusia 16 tahun itu.

Meskipun tidak menyatakan ciapan tersebut mengenai apa, namun netizen meneka perkara tersebut berkaitan dengan isu ibunya.

Dalam ruangan komen, ramai yang memberi nasihat kepadanya agar terus kuat untuk berhadapan dengan situasi semasa. Mungkin nasihat tersebut diberikan kerana ramai yang tahu Cik B menentang perkahwinan ibunya dengan Iqbal.

Rata-rata memberi sokongan kepada Cik B, malah ada yang berkongsi pengalaman menerima kehadiran bapa tiri dalam hidup mereka.

Macam-macam komen yang muncul. Ada yang nasihatkan Cik B supaya belajar terima pilihan Vida dan sebaliknya.

Apa pun, hanya Cik B yang faham situasinya ketika ini. Kita mungkin boleh beri nasihat dan sokongan tetapi janganlah sampai beri pengaruh buruk kepadanya.

MIZZ LAHAR: Sayu pula hati tengok Shuib bawa balik Ayash Affan ke rumah. anak-anak yang lain pun seronok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI