fbpx

Pengunjung air terjun Batang Kali lengkap divaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan kenderaan yang banyak parkir di tepi jalan di kawasan air terjun Batang Kali menuju ke Genting Highlands.

HULU SELANGOR – Polis akan bekerjasama dengan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bagi memastikan orang ramai yang mengunjungi kawasan air terjun di Batang Kali patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 25 saat tular di media sosial memaparkan kenderaan yang banyak diparkir di tepi jalan oleh individu yang melalui kawasan air terjun Batang Kali menuju ke Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata, klip video tersebut adalah kejadian pada minggu lepas.

“Ia merupakan kejadian minggu lepas semasa orang ramai beriadah di kawasan tersebut. Walaupun kelihatan seperti banyak kenderaan tetapi kawasan tempat air terjun itu sangat luas.

“Pihak polis juga ada melakukan pemeriksaan secara rawak dan hasilnya mendapati kesemua pengunjung pada masa itu telah lengkap divaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya bersama MDHS akan sentiasa mengawal dan membuat pemantauan di lokasi-lokasi tumpuan awam bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI