fbpx

Pecah rekod lari 12 jam di litar SIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zafri semasa membuat larian solo dengan memecahkan rekod 12 jam pada Majlis Penutupan Larian Malaysia Gembira 2021 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Seorang anak muda bukan sahaja berjaya menamatkan misi larian solo selama 12 jam malah berjaya memecahkan rekod nasional sebagai ‘Longest Distance Solo Run On Sepang International Circuit (SIC) di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini.

Pelari itu, Muhammad Zafri Munawwar Abd Aziz, 28, memulakan larian pada pukul 6.30 petang semalam dengan jarak 83 kilometer (km) meliputi 16 pusingan mengikut masa yang ditetapkan oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) sebelum menamatkan larian pada pukul 7.30 pagi tadi.

Menceritakan kembali detik bersejarah, Muhammad Zafri berkata, dia mengakui hampir putus asa kerana khuatir tempoh 12 jam yang diberi untuk menamatkan larian tersebut tidak mampu dicapai.

“Paling jauh saya pernah lari adalah 42km dan apabila dikehendaki berlari sejauh 83km, memang saya tidak tahu mampu melakukannya atau tidak.

“Apabila berdepan dengan perubahan masa larian dan jarak, ia memberikan satu cabaran. Bayangkan pada pukul 3.30 pagi tadi, saya sudah berlari sejauh 63km dan hanya ada dua jam lebih dengan jarak berbaki 17 km,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Kempen Misi Malaysia Gembira yang dilancarkan Kelab Belia Prihatin di sini hari ini.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, biarpun dalam keadaan keletihan, dia tetap cekal untuk meneruskan larian dan bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada keluarga dan kawan-kawan dalam kelab,” katanya.

“Memang mencabar, namun saya bersyukur kerana berjaya juga akhirnya meskipun hanya membuat persiapan dan latihan berlari untuk program ini sedaya mampu.

“Alhamdulillah, Institut Sukan Negara (ISN) juga turut membantu memberikan khidmat pakar dan daripada pengalaman yang diperoleh, dapatlah memberikan saya ilmu berkenaan dengan kecergasan,” katanya.

Program itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Pengasas Kelab Belia Prihatin, Luqman Hakim Md. Zim dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif selain wakil MBOR, Edwin Yeoh.

Larian Malaysia Gembira 2021: Misi larian solo 12 jam itu merupakan acara kemuncak kutipan dana oleh Kelab Belia Prihatin yang telah mencecah RM210,000 sejak dilancarkan awal Ogos lalu bertujuan melaksanakan tiga projek utama iaitu Projek Hub Belia Gembira, Projek Bakul Gembira dan Projek Kayak Gembira. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI