fbpx

Negeri Arizona saman Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brnovich mewakili Arizona dalam memfailkan saman ke atas Biden berkenaan mandat vaksinasi Covid-19 yang diwajibkan. - CNN

PHOENIX, ARIZONA – Pentadbiran negeri Arizona di Amerika Syarikat (AS) menjadi yang pertama memfailkan saman ke atas Presiden Joe Biden dan pentadbirannya atas arahan mandatori pengambilan vaksin bagi kakitangan awam serta pekerja sektor swasta yang diumumkan minggu lepas, lapor akhbar New York Post, kelmarin.

Peguam Negeri Arizona, Mark Brnovich menuduh Biden melampaui batas dengan menyatakan bahawa di bawah perlembagaan negara, Presiden bukan raja yang berhak menggunakan kuasa mutlak secara sepihak.

“Kerajaan persekutuan tidak boleh memaksa rakyat mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Pentadbiran Biden sekali lagi telah mencabuli dan mendahului undang-undang bagi merealisasikan agenda radikal mereka,” tegas Brnovich. 

Selain menolak mandat vaksinasi sektor buruh yang menyeluruh, pentadbiran negeri Arizona turut menempelak kelemahan peraturan berkenaan rentas sempadan AS pada musim panas lalu.

“Kerajaan gagal mengemukakan bukti jelas bahawa tiada penyebaran disebabkan aktiviti rentas sempadan oleh warga asing dan semua lonjakan kes adalah disebabkan rakyat yang menolak vaksin.

“Secara ringkasnya, warga asing yang tidak dikenakan syarat vaksinasi bebas untuk keluar dan masuk ke AS, namun kira-kira 100 juta penduduk tempatan pula berdepan arahan berbeza. Ini adalah tindakan berat sebelah yang tidak berperlembagaan,” tegas Brnovich.

Pada minggu lalu, Biden mengeluarkan mandat pelalian mandatori Covid-19 kepada kakitangan awam yang meliputi dua per tiga sektor pekerjaan bagi mengekang penularan varian Delta di negara itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI