fbpx

‘Menyibuk! Aku tak shooting kau pula yang panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA RUDAINI tampil menyelar mana-mana pihak yang gemar memetik namanya setiap kali memuatnaik kandungan tentang vaksinasi dalam media sosial.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Rita Rudaini hairan dengan sikap segelintir netizen yang masih gemar menjaga tepi kain orang terutama berhubung pendiriannya sanggup melepaskan tawaran lakonan disebabkan enggan mengambil vaksin Covid-19.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, pelakon berusia 45 tahun itu turut menempelak sikap golongan netize yang asyik mengaitkan nama dengan isu vaksin. Dia turut menggelarkan netizen sedemikian sebagai ‘mental’.

“Aku hairan ramai yang tak senang dengan aku. Kalau aku tak shooting (jalani penggambaran) kamu semua ‘panas’ dekat mana? Kamu ke yang bayar bil aku?

“Aku tak kacau orang. Aku duduk di rumah sahaja, tak keluar pun ancam nyawa orang lain. Kenapa sakit hati sangat? Tak ada kerja sangat ke?” ujarnya.

Pemilik nama lengkap Rita Rudaini Mokhtar itu beranggapan individu yang suka memetik namanya sebagai ‘menyedihkan’ kerana hidup dalam kesunyian dan kosong sehingga perlu memuat naik status mengundang umpatan dalam laman sosial.

“Kononnya nanti adalah kawan-kawan datang berborak sebab hidup kau sakit dan sunyi. Orang-orang seperti ini memang kena dapatkan rawatan otak dan hati,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Mistik itu memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak lagi menggunakan namanya untuk mencipta sebarang isu pada masa akan datang.

“Nak kongsi apa-apa suka hati kamu. Tapi jangan ‘petik’ nama orang lain. Cari konten sendiri dan guna nama sendiri.

“Zaman Covid-19 ini baru tahu ramai yang mental rupa-rupanya. Kalau tidak ada Covid-19, sakit mental itu tersorok. Sakit mental lagi bahaya daripada Covid-19,” katanya.

Menerusi hantaran berbeza, Rita telah berkongsi satu tangkap layar status seorang netizen dalam Facebook apabila memetik namanya yang enggan disuntik vaksin dan mengaitkan perkara itu dengan syarat untuk dia berlakon.

“Eh! Kau pula yang sakit hati kalau aku tak shooting. Menyibuk dengan badan aku dah kenapa. Kau pula siang malam risau aku tak vaksin sampai ‘up’ status,” balas Rita.

Terdahulu, pelakon itu mengakui namanya digugurkan daripada sebuah naskhah drama bersiri100 episod gara-gara berstatus tanpa vaksinasi Covid-19.

Ujar Rita, dia percaya pada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT dan sentiasa bersangka baik atas apa yang berlaku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI