fbpx

Lepas rindu anak, menantu di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang feri yang tiba di Terminal Penumpang Kuah, Langkawi pagi tadi.- Foto SHAHIR NOORDIN

LANGKAWI – Seorang pelancong dari Jitra dekat sini gembira apabila dapat bercuti bersama anak lelaki dan menantunya di pulau peranginan ini setelah lima bulan tidak berjumpa susulan larangan rentas negeri.

Menurut Noor Aslina Arshad, 53, dia dan suami menggunakan perkhidmatan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Terminal Penumpang Kuah di sini pagi tadi.

Katanya, anak dan menantunya yang tinggal di Bangi, Selangor pula menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL).

“Saya dan suami sudah lima bulan tidak berjumpa dengan anak lelaki serta menantu kerana larangan rentas negeri.

“Jadi, apabila Langkawi dibuka, kami buat keputusan untuk berjumpa di pulau ini sambil anak dan menantu yang baru mendirikan rumah tangga berbulan madu di sini,” katanya ketika ditemui di Terminal Penumpang Kuah di sini hari ini.

Seorang lagi pelancong, Nurul Ezzati Mohd Safar, 38, dari Pendang dekat sini berkata, dia mengambil kesempatan sempena cuti umum Hari Malaysia untuk melancong ke pulau ini bersama keluarga.

“Disebabkan saya dan suami sudah lama menerima dua dos vaksin, jadi kami rasa lebih yakin untuk berkunjung ke Langkawi,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI