fbpx

Koperasi perlu peruntukan lebih besar dalam pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL FATTAH Abdullah (kanan) pada Mesyuarat Agong Angkasa Pahang Barat di Bentong, hari ini.

BENTONG – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) memerlukan peruntukan yang lebih besar dalam bajet akan datang bagi menggerakkan semula sektor koperasi yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, peruntukan pembangunan koperasi yang diberikan sebelum ini sebanyak RM5.6 juta tidak mencukupi dan sepadan dengan kewujudan kira-kira 14,629 buah koperasi dengan keahlian seramai 6.5 juta orang.

“Kalau dilihat Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapat lebih 10 bilion peruntukan jadi kita harap koperasi yang turut memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada ekonomi negara dapat diberikan perhatian.

“Apatah lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 yang menyaksikan lebih 30 peratus koperasi terjejas dan amat memerlukan bantuan kewangan bagi memajukan semula sektor koperasi agar berdaya saing,”katanya dalam sidang akhbar pada Mesyuarat Agong Angkasa Pahang Barat di sini hari ini.

Menurut Abdul Fattah peruntukan bagi pembangunan koperasi dalam pembentangan bajet tahun lalu adalah sebanyak RM5.6 juta manakala RM50 juta bagi peruntukan Tabung Modal Pusingan.

Katanya, peruntukan berkenaan perlu dipertingkatkan kerana tidak mencukupi berbanding keperluan yang diperlukan terutamanya dalam berhadapan pandemik Covid-19.

“Kita berharap peruntukan pembangunan dapat ditambah kepada kira-kira RM50 juta manakala bagi Tabung modal pusingan kepada RM500 juta bagi membolehkan kita mencapai sasaran pembangunan koperasi yang dirancang,”katanya.

Sementara itu beliau juga berharap kerajaan dapat segera meminda beberapa undang-undang yang tidak mesra kepada koperasi bagi membolehkan sektor koperasi negara dilonjakkan dan lebih banyak ruang dan peluang kepada sektor koperasi terlibat dalam pembangunan negara.

Jelasnya, pada masa ini beberapa peraturan untuk koperasi dalam industri kesihatan dan pelancongan menyebabkan kesukaran pihak koperasi memasuki bidang berpotensi berkenaan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI