fbpx

Kita sudah hampir berjaya melawan Covid-19 – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan Hari Malaysia yang dimuat naik di laman Facebook Muhyiddin.

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru agar semua rakyat tidak mudah putus asa dan terus bersatu hati dalam usaha melawan pandemik Covid-19.

Ini kerana kata bekas Perdana Menteri itu, usaha bersama yang dibuat ketika ini sudah mula membuahkan hasil dan menunjukkan kejayaan.

“Saya ingin menyeru semua anak-anak Malaysia untuk terus menggembleng usaha, membulat tekad dan bersatu hati untuk menyumbang sehabis baik agar Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera.

“Berikrarlah pada diri sendiri, bahawa kita akan melakukan yang terbaik untuk Malaysia walau betapa getir cabaran yang kita tempuhi ketika pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook sempena Hari Malaysia hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, jadikan tarikh 16 September ini sebagai pemangkin dan titik permulaan bagi kerjasama lebih erat antara kita sebagai satu #KeluargaMalaysia bagi membantu proses pemulihan negara baik dalam aspek ekonomi mahupun sosial.

“Pupuk dan semaikan semangat cintakan negara dalam diri setiap daripada kita wujudkan Malaysia yang prihatin, Malaysia yang cekal, Malaysia yang gagah.

“Marilah bersama-sama melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan bahawa hari-hari yang mendatang adalah lebih baik untuk Malaysia yang kita cintai ini,” ujar Muhyiddin.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI