fbpx

Kerja-kerja bersihkan kesan toksik selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai dan anggota JAS Johor serta sukarelawan Jabatan Amal melakukan kerja-kerja pembersihan sisa toksin yang dibuang ke dalam tali air Sungai Tawakal, Kampung Baru Sri Aman, Kempas, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah melaksanakan operasi kerja-kerja pembersihan ekoran berlakunya insiden pencemaran bahan kimia di tali air Sungai Tawakal di Kampung Baru Sri Aman, Kempas, di sini kelmarin.

Penolong Pegawai Kawalan Kanan Alam Sekitar, JAS Johor, Muhammad Faiz Mohd. Shafie berkata, kerja pembersihan itu dijalankan bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi, hari ini.

Menurutnya, selain 12 pegawai dan anggota JAS, operasi pembersihan itu turut dibantu seramai 26 sukarelawan dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor Zon Selatan.

“Tumpuan kerja-kerja pembersihan hari ini adalah melihat saki-baki pencemaran yg masih melekat di tebing-tebing alur anak sungai berdekatan dengan rumah penduduk yang terlibat.

“Kaedah digunakan adalah dengan menggunakan ‘oil boom’ dan ‘absortion pad’ serta kaedah manual seperti cangkul dan ‘scoop’ bagi membuang sisa pencemaran yg melekat di tebing, rumput dan kayu yg berada di anak sungai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, insiden pencemaran di Kampung Baru Sri Aman, Kempas itu telah mengakibatkan seramai 128 mangsa dipindahkan ke balai raya manakala empat wanita dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan akibat sesak nafas.

Tambah Muhammad Faiz, pihaknya telah selesai melakukan kerja-kerja pembersihan awalan manakala pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Semalam, Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusof memaklumkan pihaknya akan menghantar sampel yang diambil di lokasi yang tercemar sisa buangan industri yang bertoksik itu untuk mengenal pasti premis yang membuat pelupusan secara haram dan jenis bahan toksik yang dibuang secara terperinci.

Beliau dilaporkan berkata, sampel tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya yang menempatkan makmal lengkap bagi menentukan bahan toksik berkenaan kerana ia memerlukan penganalisaan terperinci.

“Hasil cerapan awal dibuat, kita dapati terdapat tiga jenis bahan kimia di udara yang utama bagaimanapun, bacaan ini sangat rendah dan ia menunjukkan bahan kimia itu dalam kuantiti sangat minimum.

“Kita akan terus membuat pemantauan sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam untuk memastikan bacaan bahan kimia ini tidak menunjukkan peningkatan sekali gus memberi keyakinan kepada penduduk setempat bahawa tempat ini sudah selamat,” jelasnya.

Susulan kejadian itu, seramai sembilan suspek termasuk pemilik stor simpanan kenderaan berat ditahan bagi membantu siasatan.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI