fbpx

Kanak-kanak hilang dari kereta ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan kira-kira satu kilometer daripada kawasan kejadian dan lokasi di mana mangsa dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Jempol di Maran semalam.

MARAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun yang hilang ketika dibawa bapanya ke sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 4 semalam ditemui lemas di Sungai Jempol di sini hari ini.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa, Muhammad Abdullah Saiful Bahari bersama kakak dan abangnya yang berusia lapan dan enam tahun berada di dalam kereta sebelum mangsa hilang tanpa disedari.

Ketua Balai Bomba Jengka, Raja Mohd Arif Raja Shamsuddin berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 10.37 pagi hari ini oleh pasukan mencari dan menyelamat.

“Mayat mangsa yang dalam keadaan tenggelam ditemui tersangkut pada reba kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Mayat yang dalam keadaan sempurna dan baik itu telah dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Raja Mohd Arif operasi mencari dan menyelamat mangsa dimulakan petang semalam melibatkan bomba, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung sebelum ditangguhkan serta disambung semula hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal, ayah mangsa menyedari kehilangan mangsa pada pukul 1 petang apabila mangsa tiada di dalam kereta.

Katanya, kakak dan abang mangsa yang berada di dalam kereta tidak menyedari mangsa keluar dari kereta dan semasa kejadian pintu kereta berkenaan terbuka.

“Ayah mangsa bersama anaknya telah mencari mangsa di kawasan sekitar dan menemui kesan tapak kaki kanak-kanak di tepi sungai berhampiran tempat tersebut.

“Ayah mangsa yang mengesyaki mangsa terjatuh ke dalam sungai kemudiannya telah meminta bantuan orang kampung untuk mencari mangsa,”ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI