fbpx

Indonesia tidak halang rakyat ambil dos penggalak di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadia memberitahu kerajaan tidak menghalang mana-mana warga Indonesia yang mahu mendapatkan dos penggalak di luar negara. - Google

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia tidak menghalang rakyatnya yang berkemampuan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak di luar negara, lapor Suara.com, semalam.

Jurucakap kementerian, Siti Nadia Tarmizi berkata demikian selepas diminta memberi pendapat mengenai trend artis Indonesia yang terbang ke luar negara untuk mendapatkan suntikan penggalak.

“Pihak kerajaan sudah tidak mampu menghalang mana-mana warga yang mahukan dos penggalak untuk mendapatkannya di luar negara.

“Buat masa ini, Indonesia hanya mampu memberikan suntikan itu buat petugas barisan hadapan sahaja. Jika ada warga lain yang sanggup ke luar negara untuk mendapatkannya, silakan,” kata Nadia.

Menurut Nadia, fokus utama pemerintah buat masa ini adalah mencapai sasaran imuniti kelompok kebangsaan dengan memberi pelalian kepada 208 juta penduduk yang masih belum divaksin penuh.

“Jika anda mampu dan inginkan dos penggalak, kerajaan tiada masalah dengan anda terbang ke luar negara seperti Malaysia, Amerika Syarikat atau Singapura bagi mendapatkannya.

“Ia tidak merugikan kerajaan kerana itu adalah wang anda,” kata seorang doktor perubatan Indonesia, Dr. Tirta. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI