fbpx

Hujan lebat berterusan, Sabah catat 68 mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi banjir di Kamlung Sugud, Penampang setakat pagi ini. -Foto IHSAN APM

KOTA KINABALU – Seramai 68 mangsa banjir membabitkan 27 keluarga kini ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah pagi ini.

Setakat pukul 8 pagi tadi, dua daerah terjejas banjir adalah Penampang dan daerah Putatan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, Penampang mencatatkan seramai 39 orang mangsa banjir daripada 21 keluarga.

“Jumlah berkenaan sekaligus mencatatkan bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS tertinggi setakat ini dan semua mangsa di daerah Penampang kini ditempatkan di PPS Rumah Kelab Kompleks Sukan.

“Selain itu, 29 mangsa membabitkan sembilan keluarga turut berada di dua PPS untuk daerah Putatan.

“Seramai 26 mangsa banjir daripada lima keluarga berada di PPS Dewan Sri Serigai manakala tiga penduduk terjejas daripada satu keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sri Keramat,” katanya menerusi kenyataan akhbar sebentar tadi.

Dalam pada itu, Jurucakap APM Sabah menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dengan situasi banjir serta tanah runtuh di seluruh negeri ketika ini.

Terdahulu, hujan lebat berterusan beberapa jam sejak petang semalam mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dilanda banjir selain berlaku kejadian tanah runtuh.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI