fbpx

Hospital medan HPP dijangka siap 10 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang bertugas menyiapkan hospital medan HPP di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan operasi hari ini untuk membina hospital medan bagi fasiliti tambahan perawatan pesakit Covid-19 di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Perubatan ATM, Leftenan Kolonel Dr. Zamri Derahman berkata, operasi pembinaannya di pekarangan HPP itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 hari dan sesi ujian penuh (dry run) dijangka pada Khamis depan.

“Hospital Medan yang seluas 2,400 meter persegi ini akan dilengkapkan dengan empat katil Unit Rawatan Rapi (ICU)  dan 96 katil wad yang dilengkapi sumber oksigen.

“Hospital Medan ini sesuai untuk merawat pesakit Covid-19 yang berada dalam tahap empat dan lima,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan HPP hari ini.

Menurut Zambri, sebanyak 23 khemah terlibat dalam pembinaan hospital medan itu dan dijangka siap dipasang malam ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI