fbpx

Helah PATI dua beranak tidak menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI Indonesia yang bersembunyi dalam almari baju bagi mengelak ditahan Jabatan Imigresen.

SHAH ALAM – Helah dua beranak warga Indonesia memberikan alasan ketua keluarga mereka bekerja di Johor tidak berhasil apabila lelaki itu ditemui bersembunyi di almari baju rumah mereka dalam serbuan Jabatan Imigresen semalam.

Ketiga-tiga mereka antara 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia dua hingga 47 tahun yang ditangkap menerusi serbuan selama enam jam bermula pukul 11 malam tadi di sekitar Klang.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, berdasarkan siasatan mendapati mereka bekerja sebagai buruh binaan, kilang dan pembersihan dengan menyewa rumah teres papan di taman sekitar daerah tersebut.

Katanya, hasil siasatan ada antara mereka telah menetap lebih daripada dua tahun.

“Semasa pemeriksaan ada seorang lelaki PATI Indonesia bersembunyi di dalam almari baju bagi mengelak ditahan pihak kami.

“Isteri dan anaknya kemudiannya membuat helah lelaki tersebut bekerja di Johor namun gagal apabila dikesan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan terhadap 26 individu berjaya menahan 22 daripadanya dipercayai telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan Imigresen.

Kata Mohamad Shukri, mereka melibatkan 18 warga Indonesia dan selebihnya empat warga Pakistan.

“Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Selangor bagi siasatan lanjut dan seterusnya akan ditahan reman selama 14 hari di Depot Imigresen Semenyih.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan pemilik rumah sewa atau pelindung kepada PATI ini untuk dikenakan tindakan termasuk didakwa di mahkamah,” tegasnya.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Jabatan Imigresen menasihatkan warga asing yang tiada kebenaran sah untuk tinggal di negara ini agar segera menyertai program Rekalibrasi PATI yg sedang berlangsung sehingga akhir tahun ini,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI