fbpx

GM Klang serlah keunikan budaya Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Photo Wall di GM KLang yang memaparkan sejarah, lokasi menarik dan kepelbagaian budaya di Klang.

BANDAR Diraja Klang, yang terletak di lokasi strategik di tebing Sungai Klang memiliki sejarah panjang sebagai pusat komersil penting dalam kalangan pedagang yang hadir mengikut jalan air dari Selat Melaka.

Kini, kawasan tersebut terus memainkan peranan sebagai pusat ekonomi rakyat tempatan dengan menempatkan pusat beli belah borong terbesar di Malaysia, GM Klang yang mempunyai lebih 2,500 kedai di bawah satu bumbung.

Selain menawarkan pelbagai rangkaian produk termasuk fesyen, penjagaan diri & kesihatan, dekorasi & keperluan rumah, aksesori & keperluan perkahwinan, hadiah & cenderamata, permainan serta barangan teknologi maklumat (IT), ia turut dilengkapi fasiliti selesa dengan penyediaan pelbagai restoran serta tarikan menarik untuk seisi keluarga.

Tidak hairanlah GM Klang berjaya menarik sekitar tujuh juta pengunjung setahun sebelum pandemik melanda.

GM Klang diiktiraf sebagai pusat beli-belah borong terbesar negara oleh Malaysia Book of Records.

Pelancaran kempen GM Love Klang pada 2018 telah menempatkan gedung tersebut di posisi unik untuk mempromosikan Klang sebagai lokasi pelancongan sehingga dilantik sebagai Duta Pelancongan Bandar Klang oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Kempen tersebut bermula dengan projek Photo Wall yang memperlihatkan lokasi menarik dan bersejarah di Klang, sebelum diperluaskan bagi mempamerkan keunikan budaya serta gaya hidup masyarakat setempat seperti di Pandamaran dan Pulau Ketam.

Antara ruangan di GM Heritage X-plore yang sering menjadi lokasi bergambar buat pengunjung.

Pengwujudan GM Heritage X-plore pada Julai 2019, terdiri daripada 16 tema mural tiga dimensi pula menambah daya tarikan GM Klang tidak sekadar sebagai lokasi membeli-belah pada harga borong, malah tempat untuk bersiar-siar, bergambar dan mencipta kenangan manis bersama rakan serta keluarga.

Inisiatif pelancongan GM Klang yang turut disokong oleh Tourism Malaysia dan Tourism Selangor bakal diteruskan dengan penciptaan seni pahat di Laman Seni Safari Jejak Warisan Klang di Jalan Tengku Kelana, Klang bagi meningkatkan nilai pelancongan di daerah tersebut.

Projek terbaharu itu diharapkan akan menarik lebih ramai pengunjung ke Klang, terutamanya selepas pandemik tamat.

GM Heritage X-plore merupakan mural tiga dimensi yang dihasilkan penuntut Universiti Teknologi MARA.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, GM Klang tidak ketinggalan dengan melancarkan kempen #SatuHatiSatuSuara (Klik & Menang) sehingga 20 September, bertujuan memberi kesedaran dan menggalakkan orang awam menghargai kepelbagaian budaya serta tarikan di negara ini.

Peserta hanya perlu mengambil gambar bertemakan keunikan Malaysia dan muat naik di media sosial berserta kapsyen kreatif dan hashtag #SatuHatiSatuSuara, #MalaysiaPrihatin dan tag GM Klang.

Hantaran paling kreatif akan memenangi wang tunai RM500 manakala 10 pemenang bertuah lain menerima insentif beli-belah di GM Klang bernilai RM300.

Selain itu, GM Klang turut melancarkan sebuah lagu khas #SatuHatiSatuSuara yang diubahsuai secara eksklusif daripada lagu tema GM Klang sendiri oleh juara Battle of the Band Gempakarnival 2019, iaitu Merchant of Mercury (MOM).

Lagu yang membawa mesej perpaduan rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik ini diharapkan dapat menyuntikkan lagi semangat #SatuHatiSatuSuara buat seluruh rakyat Malaysia. 

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi saluran online GM Klang di Facebook dan Instagram @gmklang, Tiktok @gmklang_official, Twitter @gmklangofficial dan laman web gmklang.com.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI