fbpx

DBKL tutup 2 hotel tawar urutan seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa DBKL menampal notis di salah sebuah premis yang dikenakan tindakan.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup dua buah hotel yang dipercayai menjalankan aktiviti urutan seks di sekitar ibu negara.

DBKL menerusi pasukan khas Jabatan Penguatkuasaan (JPK) meneruskan tindakan Ops Patuh terhadap premis perniagaan atau komersial di 11 kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi tempoh 1 hingga 15 September.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, seramai 38 warga asing ditahan bagi tujuan dokumentasi terdiri daripada empat warga Thailand, enam warga Vietnam yang merupakan tukang urut, sembilan warga Indonesia, sembilan warga Bangladesh, enam warga Pakistan serta empat warga India.

“Tindakan menyita 29 pelbagai barangan turut dilakukan melibatkan monitor, televisyen litar tertutup (CCTV), amplifier, kondom, minyak pelincir, video dekoder, buku log, modem dan lain-lain,” katanya di sini hari ini.

Sebanyak 562 buah premis dibuat pemeriksaan melibatkan aktiviti yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi pematuhan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain akta serta peruntukan yang dikuatkuasakan DBKL.

“Sebanyak lapan notis kompaun dikeluarkan menerusi Akta 342 atas pelbagai kesalahan terhadap individu atau pemilik premis atau syarikat yang ingkar SOP PPN.

“DBKL membuat penutupan terhadap 18 premis di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 melibatkan dua buah premis hotel yang menjalankan aktiviti tidak bermoral dan 16 buah premis perniagaan yang dikendalikan warga asing,” ujarnya.

Dalam pada itu, DBKL turut mengeluarkan 96 notis kompaun atas pelbagai kesalahan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI