fbpx

Cadang wartakan Pulan Undan sebagai Taman Laut Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepelbagaian kehidupan marin akuatik di Pulau Undan sesuai diwartakan menjadi Taman Laut Negara.

MELAKA – Pulau Undan di negeri ini dicadangkan untuk diwartakan menjadi Taman Laut Negara bagi melindungi serta memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, hasil tinjauan awal pihaknya di kawasan berkenaan mendapati pulau itu sesuai diwartakan memandangkan ia memiliki pelbagai khazanah laut yang masih belum tercemar.

Katanya, cadangan itu bagaimanapun masih diperingkat penilaian dan pemantauan seterusnya akan dibuat bersama-sama kerajaan negeri dan Jabatan Perikanan pada bulan hadapan.

“Kita mencadangkan Pulau Undan ini diwartakan agar ia dapat terus dipelihara daripada aktiviti-aktiviti yang merosakkannya termasuk kegiatan menangkap ikan.

“Pewartaan itu nanti bukan sahaja memberi manfaat kepada kehidupan marin akuatik, malah juga boleh dijadikan lokasi eko pelancongan baharu negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program penyerahan Bakul Makanan MAFI Prihatin kepada nelayan kawasan Melaka Tengah di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Muara Sungai Duyong di sini, hari ini.

Tambahnya, keindahan kehidupan marin akuatik di Pulau Undan itu juga dilihat mampu menandingi kecantikan pulau-pulau pelancongan di negeri lain dan sesuai menjadi lokasi aktiviti snorkeling serta menyelam.

Terdahulu, pada program tersebut sebanyak 541 kotak barangan keperluan asas telah diagihkan kepada nelayan di kawasan Melaka Tengah menerusi peruntukan sebanyak RM27,050 yang disumbangkan LKIM. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI