fbpx

422 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 422 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, demikian paparan laman web CovidNow.

Mengikut data yang dikemas kini sehingga 11.59 malam tadi, terdapat lima kes kematian sebenar dilaporkan manakala, sebanyak 107 kes kematian sebenar bagi purata tujuh hari.

“Kes kematian tersebut menjadikan jumlah terkini kematian Covid-19 mencecah 22,009 kes.

“Terdapat 92 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah terkini kes BID di seluruh negara sebanyak 4,158 kes,” katanya di sini hari ini.

Dalam masa sama, 422 kes kematian tersebut dilaporkan di Selangor (116), Kedah (79), Sabah (71), Johor (46), Pulau Pinang (37), Perak (21), Kelantan (16), Kuala Lumpur (11), Pahang (10), Sarawak (5), Terengganu (4), Perlis (4) dan Melaka (2).

Selain itu, tiada kematian dicatatkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

“Sebanyak 225,590 kes aktif melibatkan 186,773 kes dikuarantin di rumah, 25,283 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 12,254 kes di hospital, 642 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 638 kes di ICU dengan bantuan pernafasan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan sebanyak 19,495 kes harian negara dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 2,030,935 kes. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI