fbpx

392 saman dikeluarkan dalam satu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal dalam operasi malam tadi. - Foto IHSAN JSPT KL.

KUALA LUMPUR – Polis mengeluarkan sebanyak 392 saman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Motosikal dan Pelbagai Kesalahan di sekitar ibu kota, malam tadi.

Operasi tersebut telah dijalankan Unit Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dengan kekuatan sembilan pegawai kanan bersama 86 anggota polis di sekitar Jalan Tun Razak, Jalan Bangsar, Jalan Raja Laut serta Jalan Kuchai Lama bermula pukul 9 malam semalam hingga 1 pagi tadi.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh, berkata, sebanyak 392 saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dan lapan buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Kesemua motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan serta diarahkan mengubah ke struktur asal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, seramai tiga lelaki ditahan dalam operasi di Jalan Kuchai Lama kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 45 tahun itu, telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Semua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Jalan Bandar dan akan dituduh di bawah seksyen yang sama,” katanya.

Jelasnya, JSPT KL akan sentiasa mempertingkatkan operasi terutama pada malam cuti umum bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang–undang serta tidak mengganggu ketenteraman awam. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI