PUTRAJAYA – Sebanyak 18,815 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,049,750 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 3,660 kes, diikuti oleh Selangor (2,718 kes) dan Johor (2,206 kes).
“Sabah (1,982 kes), Pulau Pinang (1,777 kes), Perak (1,446 kes), Kedah (1,233 kes), Kelantan (1,222 kes), Terengganu (814 kes), Pahang (712 kes), Kuala Lumpur (493 kes), Melaka (269 kes) dan Negeri Sembilan (170 kes).
“Perlis (80 kes), Putrajaya (22 kes) dan Labuan (11 kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929