fbpx

10 orang dibenar hadir akad nikah di Putrajaya, KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan kehadiran seramai 10 orang bagi majlis akad nikah di Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa esok.

Perkara itu diputuskan menerusi Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikemas kini hari ini.

Jawi berkata, seramai 10 orang dibenarkan hadir pada majlis akad nikah termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ibu pengantin perempuan, kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki, jurunikah, dua saksi daripada pihak Jawi atau masjid dan seorang jurugambar.

Menurutnya, berdasarkan garis panduan sebelum ini, kehadiran ke majlis akad nikah terhad kepada tiga orang iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali manakala jurunikah dan dua orang saksi adalah daripada pihak Jawi dan masjid yang berkenaan.

“Semua pihak yang dibenarkan hadir ke majlis akad nikah mestilah telah lengkap menerima vaksin dan perlu mempamerkan sijil vaksin digital.

“Bagi yang masih tidak lengkap vaksin, mereka diwajibkan untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh tiga hari sebelum majlis akad nikah,” katanya.

Katanya, majlis akad nikah dibenarkan untuk dijalankan di semua masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jelasnya lagi, mereka yang telah mempunyai Kebenaran Berkahwin Jawi hendaklah membuat janji temu dengan pihak masjid bagi mendapatkan tarikh serta waktu akad nikah. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI