fbpx

Tular lelaki ‘kembar’ Kim Jong-un

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendandan rambut itu berjaya meniru gaya rambut pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un. - -TikTok

WASHINGTON – Seorang lelaki baru-baru ini menjadi tular selepas memilih untuk meniru gaya rambut pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un, lapor laman berita Wionews semalam.

Gaya rambut unik itu merupakan satu permintaan yang mencabar. Bagaimanapun, pendandan rambut yang ditugaskan untuk meniru gaya rambut tersebut berjaya memberikan hasil yang baik.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu memuat naik video rambutnya menerusi platform TikTok dan mendapat pujian netizen.

Menerusi video tersebut, lelaki itu kelihatan sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil merakam reaksinya selepas gaya rambutnya diubah.

Dia bersama pendandan rambut itu kedua-duanya ketawa selepas melihat gaya rambutnya yang mirip dengan Jong-un.

Netizen yang menonton video itu turut meninggalkan pelbagai komen.

“Pendandan rambut itu berjaya melakukannya. Anda nampak hebat,” kata seorang netizen.

“Penyamaran yang baik! Kim (Jong-un) patut melantik lelaki itu sebagai penyamarnya,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI