fbpx

Trend ujian pengesanan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Trend bilangan ujian dan kadar positif bagi keseluruhan ujian pengesanan SARS-CoV-2 iaitu PCR, RTK-Ag (profesional) dan RTK-Ag (kendiri) mengikut Minggu Epidemiologi (ME) menunjukkan peningkatan berterusan dan memberangsangkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, menurut laporan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), perkembangan ini lebih ketara dilihat sehingga 13 September apabila sebanyak 758,919 ujian RTK-Ag (kendiri) dijalankan dengan 107,421 (14.5 peratus) dikesan positif Covid-19.

“Semua keputusan ujian Covid-19 amat penting dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) kerana ia akan mempengaruhi kadar positif jangkitan negara selain menunjukkan peningkatan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan melakukan ujian pengesanan SARS-COV-2.

“Walaupun KKM sentiasa berusaha meningkatkan kapasiti ujian pengesanan SARS-COV-2 di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta, namun dengan kerjasama orang ramai melakukan ujian saringan kendiri, jumlah ini dapat terus ditingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, justeru individu bergejala atau berisiko tinggi terutamanya kontak rapat diingatkan segera menjalankan ujian saringan Covid-19 dan melaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI