fbpx

‘Tiga gol dalam tempoh enam minit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOWNSEND (tengah) dan Gray (kanan) mencipta kebangkitan buat Everton untuk memenangi perlawanan EPL di Goodison Park awal pagi semalam.

LIVERPOOL – Everton memperagakan kebangkitan dramatik untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Goodison Park awal pagi semalam.

Walaupun ketinggalan 0-1 pada minit ke-53, namun ia tidak mematahkan semangat The ­Toffees apabila bangkit menja­ringkan tiga gol pantas dalam tempoh enam minit sahaja menerusi Michael Keane (m-60), Andros Townsend (m-65) dan Demarai Gray (m-66).

Pengurus Everton, Rafa Benitez menghamburkan pujian terhadap semangat juang tinggi yang ditunjukkan barisan pemainnya, selain berharap mereka­ tidak lagi memberikan gol awal kepada pasukan lawan selepas ini.

“Apa yang kita boleh lihat, semua pemain menunjukkan komitmen cukup tinggi sejak awal perlawanan lagi dan mereka­ sangat dahagakan kemena­ngan. Itulah yang saya mahu lihat dalam pasukan ini.

“Memang kami lepaskan gol terlebih dahulu, tetapi pemain-pemain tidak mudah berputus asa dan ia juga sesuatu yang penyokong mahu saksikan. Mereka (penyokong) sentiasa berada di belakang kami sepanjang perlawanan,” kata Benitez.

Pengendali dari Sepanyol itu percaya, kemenangan itusedikit sebanyak membolehkan dirinya semakin diterima oleh penyokong Everton memandang­kan beliau tidak memiliki hubu­ngan baik dengan mereka sebelum ini.

Pelantikan Benitez sebelum ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat Everton kerana beliau pernah mengendalikan Liverpool dari 2004 hingga 2010 yang merupakan musuh setempat kelab itu.

“Semua pengurus mahu menang, lebih-lebih lagi apabila beraksi di laman sendiri. Saya gembira kerana dapat hadiahkan kemenangan kepada penyokong. Mereka sangat menikmati perlawanan hari ini (awal pagi semalam),” ujar Benitez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI