fbpx

Tempahan hotel 3, 4 bintang masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja Hotel Adya melakukan semburan sanitasi di sebuah bilik hotel sebagai persediaan bagi pembukaan semula Langkawi bermula esok. - SHAHIR NOORDIN

LANGKAWI – Tempahan bagi hotel tiga dan empat bintang di pulau peranginan ini didapati masih rendah dan ia dipercayai berpunca daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah.

Pelaksanaan PKPD tersebut menyebabkan Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah yang menjadi salah satu pintu masuk utama ke Langkawi ditutup sejak 6 September lalu.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Razmi Rahmat berkata, setakat ini hanya 30 peratus tempahan yang diterima oleh hotel bertaraf tiga bintang ke bawah.

“Saya yakin selepas PKPD tersebut ditamatkan, lebih banyak feri akan masuk dan lebih lagi (pelancong masuk ke sini),” katanya yang ditemui di Hotel Adya Kuah di sini hari ini

Bagaimanapun, Razmi memaklumkan, tempahan hotel lima bintang telah mencecah 80 peratus  memandangkan kebanyakan pengunjung yang berkemampuan untuk ke luar negara memilih untuk menginap di hotel lima bintang di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI