fbpx

Suntikan vaksin Moderna beri perlindungan imunisasi enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suntikan vaksin Moderna mampu beri perlindungan imunisasi sehingga enam bulan kepada penerimanya. - Bill Greenblatt/UPI

SAN DIEGO, CALIFORNIA – Satu kajian baharu menunjukkan bahawa vaksin jenis Moderna mampu memberikan perlindungan sekurang-kurangnya enam bulan kepada penerimanya, lapor laman berita United Press International (UPI), semalam.

Selain itu, hasil penyelidikan sama turut mendapati bahawa sebarang suntikan dos penggalak tidak diperlukan buat mereka yang sudah lengkap pelalian Covid-19.

Vaksin Moderna dipercayai mampu menghasilkan perlindungan jangka masa panjang daripada virus Covid-19 bagi semua peringkat umur termasuk 70 tahun ke atas yang lebih rentan.

“Perlindungan imunisasi yang diberikan oleh Moderna sangat stabil dan ia satu penemuan yang menakjubkan.

“Ini satu petunjuk yang baik untuk sistem antibodi badan kita dalam melawan Covid-19,” jelas pengarang bersama kajian dan profesor penyelidikan vaksin di Institut Imunisasi La Jolla, Shane Crotty.

Vaksin Moderna dihasilkan dengan teknik serupa seperti Pfizer-BionNTech yang menggunakan formula mRNA. 

Penemuan itu adalah berdasarkan kajian ke atas 35 individu yang mendaftar dalam ujian klinikal awal vaksin dan menerima versi dos rendah, setara dengan satu per empat daripada dos 100 mikrogram yang diberikan sekarang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI