fbpx

Suara jelas walau di tempat paling bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JABRA Elite 7 Pro antara fon telinga dalam rangkaian Elite yang kini terdapat di pasaran.

MENJADI peneraju dalam mengeluarkan peranti audio, Jabra terus mengorak langkah dalam memperkenalkan produk-produk baharu di pasaran.

Turut dikenali sebagai perintis penghasilan fon telinga berteraskan teknologi tanpa wayar, Jabra baru-baru ini telah melancarkan rangkaian fon telinga Elite yang dilengkapi dengan spesifikasi terkini.

Jabra Elite 7 Pro antara fon telinga dalam rangkaian Elite yang dipertaruhkan di pasaran.

Peranti itu dilengkapi dengan teknologi inovatif Jabra MultiSensor Voice yang membolehkan panggilan suara kedengaran begitu jelas sekalipun berada di tempat yang paling bising.

Teknologi itu menggabungkan sensor konduksi tulang dengan empat mikrofon dan algoritma untuk memastikan panggilan yang benar-benar jelas.

Hasil daripada kepakaran Jabra dalam mewujudkan algoritma pintar, maka terciptalah fon telinga itu yang merupakan antara produk pertama direka untuk pengguna berpaksikan teknologi hibrid.

Dalam pada itu, sensor pengesan suara (VPU) termaju di dalam kedua-dua fon telinganya menjadikan Jabra MultiSensor Voice begitu berkesan dan mengagumkan.

Algoritma pintar ini sentiasa menganalisis bunyi yang dikesan oleh mikrofon binaan dalamnya. Apabila bunyi angin dikesan, sensor VPU akan diaktifkan secara automatik.

Di samping itu, melalui fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) yang boleh dilaraskan mampu menghasilkan pengalaman pendengaran yang benar-benar memuaskan untuk peranti ini.

Bunyi juga boleh dikhususkan lagi mengikut cita rasa pengguna dengan mewujudkan profil audio tersendiri menerusi teknologi Jabra MySound.

Selain itu, penggunaan teknologi HearThrough membolehkan pengguna menentukan banyak mana bunyi dari luar yang mahu dan dapat didengari menerusi peranti ini.

Fon telinga komprehensif ini menawarkan tempoh penggunaan tanpa henti selama sembilan jam dengan ANC dan 35 jam dengan bekas pengecas.

Peranti ini juga dilengkapi dengan pengecasan pantas yang dapat memberikan kuasa bateri selama kira-kira 1 jam dalam tempoh pengecasan cuma lima minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI