fbpx

Remaja di Kelantan terima vaksin minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Kelantan akan bermula pada minggu hadapan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, pihaknya menerima data pelajar daripada Jabatan Pendidikan Negeri termasuk sekolah swasta dan sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan sebelum menjalankan program itu.

“Kita yakin data yang diperoleh melalui jabatan berkenaan lebih lengkap termasuk jumlah remaja di Kelantan,” katanya selepas majlis penyerahan 14 mesin oksigen sumbangan Firma Guaman Afiq & Co di lobi Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini.

Tambah Zaini, berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan, Kelantan telah mencapai 75 peratus suntikan vaksin Covid-19 bagi dos pertama setakat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI