fbpx

Pengganggur ditahan bersama pistol, dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (tengah) menunjukkan pistol dan dadah seberat 2.5 kg yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Pekan Baru dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak hari ini. - ZULFACHRI ZULKIFLI.

TELUK INTAN – Kegiatan pengedaran dadah di daerah ini dipatahkan polis setelah menahan seorang lelaki bersama 2.5 kilogram (kg) dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Pekan Baru di sini hari ini.

Penahanan suspek berusia 36 itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada pukul 2.30 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya merampas 10 peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki heroin seberat 2,409.60 gram (g), empat peket plastik berisi dadah jenis methamphetamine (21.50g) dan satu peket plastik berisi dadah jenis ganja (24.94g).

“Kesemua dadah itu dirampas di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM87,733.

“Turut dirampas bersama suspek ialah sepucuk pistol, satu kelopak dan 34 butir peluru selain seutas rantai leher bernilai RM2,500,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mior Faridalathrash, suspek yang juga penganggur itu mendapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol selain mempunyai lima rekod lampau bersabit kes jenayah dan narkotik.

“Suspek disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut sejak lapan bulan lalu dan senjata api yang ditemui bersama lelaki itu dipercayai digunakan untuk mempertahankan diri semasa melakukan urus niaga jual beli dadah,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI