PETALING JAYA – Orang ramai kagum dengan semangat seorang individu yang tular kerana sanggup berhempas pulas memikul dan mengutip sampah di hutan atas rasa sayang serta sifat tanggungjawabnya.
Menerusi satu perkongsian di Twitter milik Shukri Saleh berkata, dia berharap agar usahanya mengutip sampah itu dapat membuka mata orang ramai.
“Sebenarnya penat, tapi sayang hutan punya pasal sanggup pikul (sampah). Tak susah sebenarnya nak bawa sampah anda keluar selepas beriadah di sungai, hutan dan tempat awam.
“Yang susahnya bila kena pikul sampah yang dah berkumpul dan bertimbun. Jadi, bawa sampah anda keluar lepas beriadah,” ciapnya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai kagum dengan semangat yang ditunjukkan lelaki itu.
“Alhamdulillah, masih ada insan-insan hebat seperti anda. Semoga terus diberkati dan dirahmati,” kata A.Nazra.
“Saya ‘respect’ sama saudara. Ini baru pencinta alam yang sebenar, yang mempunyai jiwa terhadap alam mesti akan merasa sedih jika lihat tempat yang cantik dipenuhi sampah,” ciap @SpeedKura.
Sementara itu, Miss Flour menjelaskan, orang ramai perlu mempunyai sifat untuk kutip dan tidak membuang sampah sesuka hati di tempat-tempat awam yang lain.
“Betul dan boleh digunakan di mana-mana sahaja anda berada. Tidak kisah di tempat letak kereta, taman, pusat beli-belah, tandas, kawasan rehat dan rawat (R&R) walau di tepi jalan sekali pun.
“Tolong uruskan sampah anda sebaiknya dan jangan jadikan diri anda itu sampah,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929