fbpx

MKN nafi poster kebenaran rentas negeri 18 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Psoter palsu yang dinafikan MKN

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kebenaran untuk merentas negeri bermula Sabtu ini berikutan satu poster palsu yang tersebar di media sosial.

Poster palsu tersebut memaparkan pergerakan rentas daerah dan negeri dibenarkan kecuali bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 18 September ini.

Menurut MKN di laman Twitter rasminya, pihaknya menafikan perkara tersebut.

“Sebaran poster palsu ini telah menimbulkan kekeliruan. Berhenti menyebarkannya. Pastikan sahih baru kongsi,” ciapnya di Twitter hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI