fbpx

Malaysia tidak alami kekurangan doktor siswazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mengalami masalah kekurangan bilangan doktor siswazah sebaliknya sedang berhadapan dengan kekurangan doktor pakar.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keadaan itu yang menimbulkan isu berhubung tempoh menunggu sebelum pesakit dapat bertemu doktor pakar.

“Untuk makluman kita tidak kekurangan doktor swasta, tetapi apa yang kita perlukan sekarang ini adalah pakar. Pakar sedia adalah dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seramai 6,183 pada 2019.

“Sekarang ini dicampur dengan swasta lebih kurang 13,000. Keperluan kita untuk tahun 2030 adalah 28,000. Ini antara menjadi masalah tempoh menunggu untuk jumpa pakar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) berkenaan rancangan KKM untuk menjamin masa depan doktor kontrak.

Khairy berkata, antara langkah untuk menangani kekurangan doktor pakar termasuk kerajaan memberi kemudahan sama kepada doktor kontrak untuk melanjutkan pengajian kepakaran.

Menurut beliau, kemudahan itu melibatkan kebenaran untuk doktor kontrak memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) iaitu biasiswa penuh daripada KKM untuk doktor melanjutkan pengajian peringkat sarjana bagi pengkhususan di universiti tempatan.

Kata beliau, usaha itu bagaimanapun memerlukan komitmen Kementerian Kewangan supaya dapat melatih doktor menjadi pakar untuk memenuhi keperluan negara bagi tempoh 10 tahun akan datang.

“Dalam 10 tahun akan datang bebanan kesihatan akan meningkat disebabkan masyarakat semakin menua dan semakin tinggi insiden penyakit tidak berjangkit.

“Ini memerlukan jumlah doktor pakar yang tinggi yang kita perlu latih dari sekarang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI