fbpx

Luna Maya mahu jadi lebih kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUNA MAYA

BERSEMPENA dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-38, selebriti terkenal Indonesia Luna Maya berdoa supaya dia terus dimurahkan rezeki dan ingin menjadi lebih kaya dengan alasan tersendiri.

Ujar Luna, dia mahu menjadi semakin kaya kerana ingin membantu lebih banyak orang yang memerlukan dengan harta yang dimilikinya.

“Saya ingin berjaya dalam kerjaya, tetapi pada masa sama ingin menjadi semakin kaya supaya dapat membantu lebih ramai orang.

“Kekayaan yang saya miliki bukan untuk keperluan saya seorang sahaja, tetapi untuk orang lain yang inginkan bantuan,” ujarnya.

Katanya lagi, jika dia mempunyai duit yang banyak, dia tidak perlu memikirkan tentang cara untuk dia membantu orang lain kerana boleh sewenang-wenangnya menggunakan kekayaan yang dimiliki untuk berbuat kebaikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI