fbpx

Lebih 10,000 anggota APM sedia ke negeri banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Lebih 10,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dijangka bersedia untuk digerakkan dalam tempoh 24 jam ke negeri dilanda bencana banjir sepanjang tempoh tengkujuh yang diramal bermula pertengahan November depan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Dr. Norhafifi Ismail berkata, pihaknya masih lagi mengumpulkan maklumat terperinci mengenai jumlah kakitangan tersebut menerusi kajian yang sedang dilaksanakan di peringkat negeri di seluruh negara.

“Sebelum ini kita memang menghantar pasukan sokongan antara 10,000 hingga 15,000 anggota untuk membantu negeri-negeri yang dilanda banjir, namun sukarelawan terlibat adalah tidak tetap dan berubah-ubah.

“Justeru, pada tahun ini, APM melaksanakan kajian senarai tetap sukarelwan dari seluruh negeri bagi memastikan operasi dapat dilaksanakan dengan lebih berstruktur dan dijangka lebih 10,000 anggota bersedia untuk digerakkan dalam tempoh 24 jam,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MITC, di sini, hari ini.

Tambahnya, setakat ini Melaka merupakan negeri pertama yang telah melengkapkan kajian tersebut dengan mengkoordinasikan seramai 1,200 anggota untuk bantuan bencana di negeri lain, khususnya negeri-negeri di Pantai Timur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI