fbpx

Langkawi penanda aras pembukaan destinasi pelancongan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sektor pelancongan di Langkawi akan dibuka mulai esok. Foto SHAHIR NOORDIN

LANGKAWI – Hasil pelaksanaan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik di Pulau Langkawi yang bermula esok akan dijadikan kayu ukur bagi pembukaan pulau peranginan lain.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, selain itu tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) norma baharu di pulau ini juga akan diambil kira.

“Maklum balas ini kelak akan dinilai dan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pertimbangan seperti pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan yang dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pembukaan Semula Sektor Pelancongan di Langkawi di sini hari ini.

Kata beliau, destinasi pelancongan lain juga akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus imuniti kelompok.

Sehubungan itu, Nancy menggesa orang ramai yang ingin melakukan perjalanan ke pulau ini supaya mematuhi SOP ditetapkan.

“Ia bagi memastikan agar gelembung pelancongan Langkawi kekal hijau seterusnya dapat merealisasikan perancangan lebih banyak gelembung pelancongan domestik pada masa akan datang,” ujarnya.

Tambahnya, kementerian menaruh harapan yang tinggi kepada Langkawi kerana ia bukan sahaja akan menjadi tumpuan kepada para pelancong domestik, malah media tempatan dan antarabangsa.

“Ia memungkinkan kejayaan kepada pembukaan pelancongan antarabangsa jika travel bubble ini berjaya,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI