fbpx

Kerajaan kaji bunuh diri bukan perbuatan jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pejabat Peguam Negara sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengeluarkan perbuatan percubaan membunuh diri daripada sistem keadilan jenayah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang yang melakukan percubaan membunuh diri akan dimasukkan ke dalam sistem rawatan kesihatan.

“Berdasarkan hasil kajian perbandingan peruntukan undang-undang mengenai percubaan untuk membunuh diri di United Kingdom, New Zealand, India dan Singapura didapati negara terbabit telah mengeluarkan percubaan membunuh diri daripada sistem keadilan jenayah.

“Oleh itu Pejabat Peguam Negara sedang menimbang cadangan untuk mengeluarkan percubaan membunuh diri daripada sistem keadilan jenayah.

“Pndekatan yang lebih holistik perlu diambil untuk mengekang perbuatan tersebut,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual mengenai undang-undang melibatkan cubaan bunuh diri di negara ini.

Ismail berkata, kerajaan mengkaji semula undang-undang itu memandangkan insiden percubaan membunuh diri semakin meningkat sejak 2015 dan melibatkan pelbagai peringkat umur.

Kata beliau, isu percubaan membunuh diri malah lebih meruncing pada masa ini ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu menjadikan ramai hilang sumber pendapatan atau pekerjaan.

Jelas beliau, terdapat 902 kes percubaan membunuh diri sejak 2018 hingga Jun 2021 dengan 261 kes telah didakwa pada 2018, 243 ke (2019), 223 kes (2020) dan 175 kes (Januari-Jun 2021).

Katanya, individu yang berbuat demikian sepatutnya menerima rawatan kesihatan mental, bukannya hukuman yang akan meningkatkan lagi stigma terhadap mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI