fbpx

Keputusan buka sekolah ambil kira kebajikan murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) membuka semula sesi persekolahan secara bersemuka pada 3 Oktober depan diputuskan selepas mengambil kira aspek kebajikan lebih lima juta murid di seluruh negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, keputusan membuka semula sekolah secara bersemuka dan berperingkat turut memberi gambaran baharu selari peralihan ke fasa endemik bulan depan.

“Kita boleh memilih tidak membuka sekolah dan ia jalan paling mudah, namun hakikatnya kita ada lima juta murid daripada pelbagai latar belakang dan renggang dengan sekolah untuk tempoh yang panjang mulai Mei lalu.

“Katakanlah jika kita ambil keputusan untuk menutup sekolah sehingga tahun depan, maka dalam pemikiran mereka persekolahan bersemuka tidak berlangsung hingga 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Wisma Pertahanan di sini tadi.

Jelasnya, secara umumnya, murid-murid merasakan mereka mungkin tidak dapat kembali ke sekolah secara bersemuka selepas tidak hadir ke sekolah sejak Mei lalu.

Sebelum ini,Radzi mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober depan.

Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI