fbpx

[KEMASKINI]Tanah runtuh Forest Hill: Seorang lagi mangsa disahkan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan dan rumah mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Penampang petang tadi.

PENAMPANG – Seorang lagi mangsa disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill petang tadi menjadikan jumlah korban keseluruhan seramai tiga orang.

Bagaimanapun, identiti mangsa ketiga yang terkorban masih belum diperolehi.

Terdahulu, bomba sebelum ini melaporkan dua mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Salmah Hamid, 25, dan Rosatima Asbirin, 5,.

Menurut bomba, kesemua mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tiga lagi mangsa yang terselamat telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth ll (HQEll) untuk rawatan lanjut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI