fbpx

Kapal tangki Marshall Islands ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki dari Marshall Islands, Oceania yang ditahan Maritim Malaysia.

KLANG – Sebuah kapal tangki dalam perjalanan dari Singapura ditahan selepas berlabuh tanpa kebenaran di  kedudukan 27.5 batu nautika barat daya Sekinchan, dekat sini petang semalam.

Kapal berdaftar di Marshall Islands, Oceania yang ditahan pukul 4.30 petang itu juga didapati gagal memaklumkan ketibaan di perairan berkenaan.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, penahanan kapal tangki ‘NISSOS TINOS’ ini berikutan pengesanan visual melalui Sistem Pengawasan Laut dan disalurkan kepada bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Benteng Laut dan Op Ehsan.

“Hasil semakan mendapati terdapat 24 kru lelaki termasuk nakhoda berusia antara 18 hingga 60 tahun terdiri daripada warga Greece, Romania dan Filipina dengan kesemuanya mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Siasatan lanjut mendapati nakhoda kapal tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk berlabuh dan maklumkan ketibaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Rosli menambah, perintah penahanan ke atas kapal tersebut telah dikeluarkan dan dua kru kapal tersebut turut dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI