fbpx

Internet laju tanpa had RM10 sebulan untuk pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (tengah) bergambar bersama para pelajar selepas melancarkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia di Wisma Radio Angkasapuri di sini, hari ini. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan dua pakej baharu bagi membantu pelajar memperoleh akses internet selain membolehkan golongan kurang berkemampuan memiliki peranti pintar.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, dua pakej baharu itu melibatkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia menawarkan kemudahan internet serta Pakej Peranti Keluarga Malaysia bagi memiliki peranti mampu milik.

“Pakej Remaja Keluarga Malaysia merupakan pelan prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah ditawarkan pada kadar RM10 sebulan. Ia perlu dibayar terus selama tiga bulan pada kadar RM30.

“Mereka akan mendapat 20GB untuk tiga bulan selain diberikan data percuma 1GB selama 90 hari untuk aktiviti produktiviti selain penawaran internet tanpa had,” katanya pada majlis pengumuman Pakej Diskaun Perkhidmatan Telekomunikasi Pelajar Universiti hari ini.

Annuar berkata, menerusi pakej itu, pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, pembelajaran dalam talian serta aktiviti hiburan.

“Pelanggan juga tidak perlu menambah nilai setiap bulan dan hanya mendaftar menggunakan MyKad bagi pelajar berusia bawah 21 tahun manakala mendaftar menerusi kad pelajar untuk mereka melebihi 21 tahun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pakej Peranti Keluarga Malaysia pula membolehkan rakyat memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI