fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir diramal akan melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak serta Sabah sehingga pukul 6 petang nanti.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta satu kawasan di Perak di Muallim.

“Di Pahang melibatkan kawasan Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin manakala di Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Sementara itu di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Kuala Pilah, dan Jempol. Di Sarawak antara kawasan yang terjejas di Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya di Facebook hari ini.

Tambahnya, bagi Sabah pula kawasan yang terkesan ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) serta Kudat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI