fbpx

Giliran Shuk Sahar pula dekati tabligh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK bersama pendakwah beas, Maulana Helmi yang ditemui dalam satu aktiviti tabligh baru-baru ini.

PETALING JAYA – Selepas beberapa selebriti tanah air berjihad dengan mendekatkan diri ke jalan Allah, kini giliran pelawak dan pengacara, Shuk Sahar pula mengikut jejak langkah tersebut.

Pembabitannya tular selepas Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar memuat naik gambarnya bersama Maulana Helmi dalam Instagramnya

“Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi @maulanahelmi78. Terima kasih atas segalanya,” tulis Shuk ringkas sebgai kapsyen.

Sementara itu, perkongsian Shuk turut dikongsikan dalam akaun rasmi Instagram @dakwahtablighmalaysia.

“Shuk keluar ke jalan Allah, doakan dia istiqamah di jalan Allah,” tulis pengendali akaun berkenaan.

Menjengah ruangan komen, perkongsian tersebut menerima pelbagai maklum balas positif dalam kalangan netizen dan rakan selebriti.

“Semoga terus kekal istiqamah Shuk. Semoga kehidupan kamu dilimpahi kebahagiaan dan ketenangan,” tulis netizen.

Terdahulu nama bekas penyampai radio Hot FM itu meledak akibat terpalit dengan isu peribadi membabitkan isu kecurangan terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan mempunyai kekasih lain.

Sejak akhir-akhir ini juga, dunia hiburan tanah air menyaksikan semakin ramai golongan anak seni mendekatkan diri ke jalan agama sejak akhir-akhir ini.

Antaranya termasuklah pelakon popular Zul Ariffin, Raf Yaakob, Nana Mahazan, Amar Asyraf, Yusuf Bahrin, Izara Aishah, Norman Hakim, Siti Elizad dan beberapa nama besar lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI