fbpx

Ganjaran lumayan menanti Raducanu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU kini melonjak ke ranking ke-23 dunia selepas berjaya menjuarai gelaran Terbuka AS kelmarin. – AFP

NEW YORK – Bintang tenis sensasi Great Britain, Emma Raducanu dilaporkan ba­kal menerima tajaan mewah bernilai £100 juta (RM575.71 juta) susulan kejayaan melakar seja­rah merangkul Grand Slam pertama pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Kejayaan tersebut membolehkan ­Raducanu membawa pulang wang tu­nai berjumlah £1.8 juta (RM10.36 juta) dan mampu me­ngaut lebih ba­nyak keuntungan menerusi pelbagai tajaan yang bakal ditawarkan terhadap pemain berusia 18 tahun itu.

Bukan itu sahaja, Raducanu turut tidak percaya apabila dia kini merupakan pemain No. 23 dunia berdasarkan senarai rasmi yang dikeluarkan Persatuan Tenis Wanita (WTA) sejurus tamat saingan Terbuka AS.

Keputusan itu menyaksikan Raducanu yang sebelum ini menduduki ranking ke-150 dunia me­lonjak mendadak dengan menaiki 127 anak tangga selepas WTA mengemas kini carta kese­luruhan pemain wanita.

Raducanu menganggap pe­ningkatan kedudukan ranking itu sebagai habuan terbaik buat dirinya selepas bekerja keras untuk menjuarai Grand Slam pertama dalam kariernya.

“Saya tidak sangka dapat ber­ada dalam kelompok 23 pemain terbaik dunia. Ini adalah situasi yang luar biasa kerana saya tidak perlu lagi mengharungi fasa kelayakan dalam mana-mana kejohanan selepas ini.

“Tiga bulan lalu saya masih menduduki peperiksaan A-Level di England dan kini segala-gala­nya berubah. Saya tidak mahu menda­bik dada dan kekal fokus bagi memastikan karier sa­ya sentiasa berada pada landasan tepat.

“Misi seterusnya sudah tentu mahu memenangi lebih banyak kejuaraan tetapi saya sedar ia bukan sesuatu yang mudah,” kata pemain berdarah kacukan Romania-China itu.

Sebagai rekod, Raducanu men­juarai Terbuka AS selepas menewaskan seorang lagi bintang muda berusia 18 tahun, ­Leylah Annie Fernandez dari Kanada pada aksi final. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI