fbpx

Benih udang, ikan mati akibat pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslizam (baju meroon) dan Ahmad menunjukkan lokasi kaki pancing melihat aliran minyak berwarna hitam mengalir di dalam Sungai Londah dalam kejadian lewat petang semalam.

TAMPIN – Kaki pancing dikejutkan dengan aliran minyak berwarna hitam mengalir masuk ke dalam Sungai Londah, Gemas, lewat petang semalam.

Pengerusi myKomuniti Perikanan (myKP) Londah, Ahmad Ujang berkata, sebaik mendapat maklumat berkenaan dari kaki pancing sekitar pukul 6 petang, dia segera mengetengahkan permasalahan berkenaan kepada pihak berwajib.

Menurutnya, dia bimbang minyak berkenaan akan menyebabkan pencemaran teruk sehingga menjejaskan pelbagai hidupan sungai yang menjadi mata pencarian tujuh orang nelayan darat termasuk dirinya yang sememangnya bergantung kepada hasil sungai.

“Ikutkan pada tahun 2018, air sungai bertukar menjadi jernih disebabkan bahan tidak sesuai dilepas masuk ke sungai sehingga menyebabkan hidupan sungai menjadi pening dan ada yang mati.

“Kali ini, lebih seratus benih udang dan ikan yang ditemui mati berhampiran pasir tebing sungai lewat petang semalam,” katanya ketika ditemui di Kampung Londah, di sini, hari ini

Ahmad berkata, nelayan darat dan juga nelayan sambilan di sini mampu mencatatkan hasil sungai antaranya seperti udang, lampam, dan baung lima ke tujuh tan setahun dengan pendapatan khas buat nelayan darat sekitar RM1,000 ke RM1,500 sebulan seorang.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI