fbpx

15 lori, treler dikesan letak kayu bawah kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adenan memeriksa ruangan casis kenderaan berat dalam Ops Halangan di Plaza Tol Juru, di sini malam tadi.

SEBERANG PERAI – Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang mengesan masih ramai pemandu lori dan trerler tidak bertanggungjawab yang meletakkan kayu penyendal di bahagian casis kenderaan mereka sehingga mengundang bahaya.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, pihaknya mengesan sebanyak 15 kenderaan terbabit melakukan kesalahan itu semasa operasi di Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam di sini selama kira-kira enam jam berakhir pukul 11 malam semalam.

“Objek seperti kayu penyendal yang diletakkan di bahagian bawah kenderaan boleh jatuh atas jalan sekali gus akan mengakibatkan kemalangan.

“Selain permukaan jalan yang tidak rata, kayu penyendal berkenaan juga berisiko untuk jatuh ketika kenderaan bergerak, membuat pusingan atau membelok,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Ops Halangan itu semalam.

Beliau berkata, sebanyak 230 notis saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan termasuklah menggunakan telefon bimbit semasa memandu dalam operasi yang  turut disertai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan PLUS Malaysia Berhad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI