fbpx

Warga Jepun di Pulau Pinang tidak perlu gusar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Warga Jepun yang tinggal di negeri ini tidak perlu gusar atau takut berhubung amaran kepada rakyat negara itu di Malaysia mengenai kemungkinan berlakunya serangan pengganas.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya telah meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan rapi di syarikat, premis dan apa sahaja yang berkaitan kepentingan luar negara terutama Jepun di negeri ini.

“Sebenarnya keadaan terkawal dan tahap ancaman tidak wujud, namun kami ambil langkah tingkatkan pemantuan rapi.

“Warga Jepun di sini tak perlu bimbang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur mengesahkan telah mengeluarkan amaran kepada warganegaranya di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI