fbpx

Tiada kes baharu Covid-19 bomba Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JBPM Pulau Pinang mengadakan sambutan Hari Malaysia secara sederhana di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang setakat ini tidak merekodkan kes baharu positif Covid-19 membabitkan 850 anggota dan pegawai setakat semalam.

Pengarah JBPM negeri, Saadon Mokhtar berkata, kali terakhir anggota JBPM negeri ini dikesan positif adalah melibatkan empat anggota dan mereka telah menjalani kuarantin pada 1 hingga 11 September lalu.

“Mereka telah menghabiskan tempoh kuarantin dan memotong gelang merah jambu masing-masing pada Ahad lalu (12 September).

“Mereka yang dikesan positif Covid-19 ini juga telah menerima dua dos vaksin Covid-19 dan setakat ini kesemua anggota kita telah menerima dos vaksin lengkap,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sambutan Hari Malaysia JBPM Pulau Pinang di Balai Bomba dan Penyelamat di Jalan Perak di sini.

Sementara itu, Saadon berkata, program itu diadakan secara sederhana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan penglibatan 17 anggota.

Anggota bomba berkenaan mempamerkan kemahiran dan menguji ketangkasan masing-masing antaranya menerusi teknik abseiling, flying fox, rope rescue dan beberapa aksi lain sambil membawa Jalur Gemilang. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI