fbpx

Takiyuddin kuarantin kendiri hingga 20 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin Hassan

PUTRAJAYA – Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kini sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga 20 September depan setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

Beliau menerusi satu kenyataan berkata, dia tidak dapat menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang berlangsung semalam dan sidang Dewan sepanjang minggu ini.

“Saya juga tidak dapat menjalankan tugas rasmi berbentuk fizikal sebagai mematuhi peraturan kesihatan dan prosedur
operasi standard yang ditetapkan bagi individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, Takiyuddin memaklumkan dia boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan secara hibrid.

“Dimaklumkan saya kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu yang positif Covid-19.

“Namun, ujian RT-PCR yang dilakukan pada Jumaat dan Isnin lepas adalah negatif, jadi saya masih perlu jalani kuarantin kendiri hingga 20 September depan. Segala kesulitan adalah amat dikesali,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI