fbpx

Rumah penduduk, sekolah disanitasi elak jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan MCA Gopeng melakukan kerja-kerja sanitasi pada kediaman penduduk di Kampung Baru Gunung Rapat dekat sini baru-baru ini.

IPOH – Sukarelawan MCA Bahagian Gopeng telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi sebagai langkah pencegahan berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 di Kampung Baru Gunung Rapat dekat sini baru-baru ini.

Naib Pengerusi MCA Gopeng, Cally Ting berkata, perkara tersebut dilakukan demi memastikan keselamatan komuniti setempat serta menimbulkan rasa selamat pada penduduknya.

Menurut beliau, kerja-kerja sanitasi itu melibatkan 10 buah rumah penduduk termasuk premis Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Gunung Rapat.

“Saya diberitahu oleh pemimpin setempat bahawa terdapat kes positif Covid-19 di Kampung Baru Gunung Rapat beberapa hari lalu.

“Dengan serta merta, saya menghubungi pihak Skuad Bantuan Krisis MCA negeri Perak untuk membantu menjalankan sanitasi di kediaman penduduk seberapa segera,” ujarnya kepada Kosmo!

Kerja-kerja berkenaan yang dijalankan secara percuma akan diselesaikan dalam masa dua minggu melibatkan seramai 10 sukarelawan.

Kata Cally, proses sanitasi ini juga dapat mengurangkan kerisauan orang ramai yang tinggal berhampiran kawasan tersebut bagi mencegah wabak virus berjangkit. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI