PETALING JAYA – Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)memuat naik sebuah poster yang menggalakkan orang ramai membeli ayam di pasar raya mendapat kecaman orang ramai.
Poster yang dimuat naik di laman sosial rasmi KPDNHEP semalam itu dipercayai dibuat ekoran kenaikan harga ayam segar di pasar awam yang sedang berlaku di hampir seluruh negara.
Tinjauan Kosmo! di ruang media sosial mendapati, orang ramai memberi respon negatif dengan rata-rata mereka menyifatkan tindakan itu memperkecilkan perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS).
“Macam tak percaya KPDNHEP terang-terang menyebelahi kapitalis dan tidak menggalakkan orang ramai membeli dari peniaga kecil,” kata Rubi.
“Rakyat minta selesaikan isu harga ayam mahal, tapi dia keluarkan kartun suruh boikot pasar awam. Nak suruh pasar awam lingkup ke?,” kata Milo.
“Aku tak faham, bukan KPDNHEP ke kena pantau harga tak kira di mana. Kenapa pengguna pula yang kena buat pilihan? Macam mana harga bahan mentah tak seragam KPDNHEP boleh buat kartun?,” soal Mirul.
Poster tersebut bagaimanapun telah dipadam selepas mendapat kecaman orang ramai. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929